Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Serangan terhadap kesucian Al-Quran oleh pihak tentera Amerika di Afghanistan menyebabkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Para marji' taqlid seperti Ayatullah Makarim Syirazi, Ayatullah Nuri Hamdani dan Ayatullah Subhani di Qom tidak ketinggalan memberikan reaksi dan mengecam keras tindakan biadap terhadap Al-Quran.
Kritikan Ayatullah Al-Uzma Makarim terhadap sikap Arab Saudi yang masih berdiam diri
Ayatullah Al-Uzma Nasir Makarim Syirazi pagi kelmarin dalam pengajian Bahtsil Kharij Fiqh di Masjid A'zam, Qom menyatakan, "Di awal haribulan 1 Esfand, pengkalan tentera Amerika di Afghanistan, beberapa al-Quran telah dibakar.
"Para pemimpin negara-negara Islam telah mengutuk perbutan ini, namun kita tidak melihat Arab Saudi mengecam masalah ini."
Beliau berkata, "Orang Amerika hinggalah ke presiden negara ini bertindak memohon maaf ketika mereka melihat situasi sangat berbahaya, namun hendaklah dikatakan apa faedah permohonan maaf itu? rakyat Afghanistan menuntut pembalasan yang setimpal ke atas pelaku jenayah ini."
Marji' Taqlid ini menjelaskan, "Masalah ini telah menyebabkan rakyat Afghanistan sebulat suara menyeru orang asing dikeluarkan.
"Kita mengecam keras aksi ini dan kita turut mengecam negara-negara Islam yang berdiam diri dalam menghadapi aksi ini kerana pemimpin mereka."
Ayatullah Makarim Syirazi menegaskan, "Masalah-masalah kehadiran orang asing yang menentang Islam dan kesucian Islam dapat dilihat di dalam negara-negara Islam."
Kecaman keras Ayatullah Al-Uzma Nuri Hamdani
Ayatullah Al-Uzma Husain Nuri Hamdani kelmarin turut mengecam penghinaan terhadap Al-Quran dan meminta orang ramai mengambil tindakan sewajarnya.
Beliau berkata, "Oleh kerana mereka ini pernah bertindak membuat penghinaan seperti ini, hendaklah kita menghadapi mereka dengan lebih serius."
Marji' Taqlid ini mengatakan Al-Quran bukan hanya kitab suci pengikut mazhab Ja'fari sahaja, malah ianya adalah untuk seluruh umat Islam. Oleh itu seluruh umat Islam hendaklah bertindak menentang penghinaan tersebut dan menyatakan protes mereka.
Guru hawzah ilmiyah Qom ini menegaskan penjenayah yang menghina Al-Quran ini perlu dihukum segera dan menyatakan, "Rakyat di dalam Republik Islam Iran perlu memprotes masalah ini dan menyatakan pendirian tentang aksi ini."
Ucapan Ayatullah Al-Uzma Ja'far Subhani
Ayatullah Al-Uzma Ja'far Subhani hari ini di dalam kuliah Dars Kharijnya mengecam keras kebiadapan tentera penceroboh Amerika terhadap Al-Quran sambil mengatakan, "Barangsiapa yang melakukan pekerjaan keji ini bukanlah orang Kristian mahupun orang Islam, bahkan mereka ini musuh kemanusiaan."
Beliau menambah, "Pemilik sebenar Al-Quran ialah Allah, dan yakinlah bahawa pelaku aksi ini akan mendapat balasan yang amat pedih daripada Allah kelak."
Dunia Islam bangkit menentang penghinaan terhadap Al-Quran
Jami'ah Modarresin Hawzah Ilmiyah Qom mengeluarkan pernyataan mengecam penghinaan terhadap kesucian Al-Quran sambil meminta seluruh umat Islam dan alim ulama menjaga perpaduan dan kesetiakawanan dalam menghadapi penghinaan ini dengan tidak berdiam diri dan menyatakan pendirian mereka.
Kandungan pernyataan Jami'ah Modarresin Hawzah Ilmiyah Qom menyatakan, "Berita penghinaan terhadap kesucian Al-Quran oleh askar-askat Amerika di Afghanistan menyebabkan kesan, kekesalan yang mendalam dan kemarahan umat Islam sedunia."
Tambah pernyataan ini, "Al-Quran adalah kitab suci seluruh umat Islam dan merupakan pengajaran rohani, pedoman untuk semua dan meninggikan kesucian fitrah manusia."
Jami'ah Modarresin menjelaskan, "Sudah jelas kepada semua bahawa penghinaan sebegini adalah suara yang terpendam ke atas Islam yang memerangi kepemimpinan Zionis dan regim Amerika. Regim tersebut sudah bertahun-tahun melumuri tangan mereka dengan darah umat Islam yang ditindas di seluruh dunia seperti di Afghanistan. Apakah jawapan regim perampas ini terhadap penghinaan sebegini?"
Pembakaran Al-Quran menjatuhkan maruah Amerika
Jami'ah Al-Mustafa di Qom mengeluarkan pernyataan mereka bahawa, "Peristiwa pembakaran Al-Quran oleh askar-askar Amerika yang menyakitkan di pengkalan udara Bakram Afghanistan menjatuhkan maruah Amerika di mana mereka kelihatan kononnya membela hak asasi manusia, kebebasan kepercayaan dan demokrasi telah membangkitkan kemarahan umat Islam dan penuntut kebebasan di seluruh dunia."
Setalah itu pernyataan tersebut mengatakan, "Al-Quran adalah kitab wahyu terakhir dan mukjizat besar Nabi penutup para rasul, lembaran-lembaran rahmat dan keadilan, perdamaian, pemurah, jalan pedoman yang paling jelas untuk manusia. Bukan sahaja untuk umat Islam, bahkah ia tertakluk juga dengan seluruh umat yang mencari kebenaran. Aksi penghinaan askar-askar Amerika dalam pembakaran Al-Quran di pengkalan udara Bakram Afghanistan tidak hanya menghina Islam dan umatnya, bahkan ia juga merupakan penghinaan terhadap seluruh agama-agama sedunia dan para penganutnya. Oleh itu kewajipan setiap orang yang bebas dalam perkara ini ialah tidak berdiam diri, mengecam dan mengistiharkan mereka berlepas diri dengan perlakuan tersebut."
Jami'ah Al-Mustafa Al-'Alamiyah menjelaskan, "Tidak syak lagi, tindakan keji dan biadab askar-askar Amerika di Afghanistan ini disebabkan mereka tidak mampu meghadapi gelombang kebangkitan Islam dan tidak mampu menghalang bertambahnya penduduk dunia yang menerima kitab suci dan wahyu ini."
Tambah pernyataan ini, "Tidak syak lagi, tindakan untuk menghalang penghinaan begini ialah usaha mengeluarkan askar-askar penceroboh dari negara Islam tersebut seperti mana yang dilaksanakan oleh kerajaan Iraq sambil bertanggung jawab menjaga ke keamanan negara mereka."
Kementerian Luar Iran kutuk penghinaan terhadap Al-Quran
Kementerian Luar Iran mengeluarkan pernyataan mengutuk penghinaan askar-askar Amerika yang menghina Al-Quran sambil menegaskan betapa pentingnya mengeluarkan penceroboh itu dari negara Afghanistan.
Dalam pernyataan kementerian Luar ini, "Terjadi sekali lagi hakikat pengabaian hak asasi manusia dan perjanjian antarabangsa oleh tentera asing di Afghanistan. Askar-askar Amerika telah menghina kesucian umat Islam dengan membakar naskah-naskah Al-Quran.
"Tidak menghormati pegangan umat Islam adalah akibat dari kefahaman yang salah penjajah Afghanistan tentang kebudayaan dan mazhab kaum muslimin serantau dan sedunia. Berulangnya pencabulan hak asasi manusia dan kebiadapan terhadap hak umat Islam Afghanistan merupakan akibat daripada berlanjutnya penjajahan ke atas negara ini di samping tidak ada jawapan tentang aksi di luar batas undang-undang mereka.
"Ini bukanlah kali pertama askar-askar Amerika mencabul undang-undang antarabangsa dan NATO di Afghanistan. Berulangnya aksi kesyaitanan Amerika dengan serangan terhadap kesucian Islam akan menyebabkan kemarahan dunia.
"Kerajaan dan umat Islam Iran berharap rakyat Afghanistan menjalankan tanggung jawab terhadap semua urusan mereka dengan mengatasi masalah-masalah negara mereka di samping menyingkirkan kehadiran dan campur tangan asing."